Sunday, September 8, 2024
HomeHIBURANTerkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

Terkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

MODEL terkenal Bella Hadid menyimpan rasa dendam terhadap kekejaman Israel gara-gara satu peristiwa penting yang berlaku membabitkan keluarganya.

Ujar model berketurunan Palestin itu, keluarganya pernah dihalau dari tanah air sendiri ketika peristiwa Nakba sekitar 1948, lapor Kosmo.

Dalam peristiwa tersebut, bapanya yang masih kecil telah dihalau tentera Israel bersama keluarganya keluar dari wilayah Nazareth.

“Bapa saya masih bayi ketika itu. Dia sudah terpaksa merempat bersama datuk dan nenek saya selepas dihalau keluar oleh kekejaman tentera Zionis.

“Mereka terpaksa meninggalkan tanah air sendiri gara-gara kekejaman pihak Zionis,” ujarnya.

Mengenangkan kejadian itu, Hadid menyimpan kebencian terhadap Israel yang menyebabkan keluarganya terpaksa meninggalkan negara sendiri.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kebakaran Makmal Komputer Mengakibatkan Kemusnahan 50 Peratus.

0
SUNGAI SIPUT - Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis. Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat...

CATEGORIES