Terima Pakej Haji, Kereta Sebagai Mas Kahwin Dipuji Ramai

0
212

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Pangandaran, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menetapkan wang tunai 25,000 rupiah (RM7.55 sen), sebuah kereta dan ibadah haji sebagai mas kahwin, lapor portal berita Okezone hari ini.

Berdasarkan sebuah video tular yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan memakai baju sedondon berwarna hitam itu kelihatan tenang ketika acara akad nikah berlangsung.

“Saya terima nikahnya Ayu Rosita binti Suhanda dengan mas kahwin peralatan solat, wang tunai 25,000 rupiah, satu unit Honda Brio dan ibadah haji yang ditangguhkan,” kata pengantin lelaki.

Selepas video itu tular, orang ramai bertanya nengenai mas kahwin ibadah haji yang ditangguhkan sebelum pengantin lelaki tampil memberi penjelasan.

“Ibadah haji ditangguhkan kerana kita tidak boleh terus berangkat mengerjakan haji selepas mendaftar. Minimum 15 atau 20 tahun (tempoh penantian), justeru, ia ditangguhkan,” katanya.

Video itu menerima pelbagai komen netizen.

“Sudahlah dapat Honda Brio, ada lagi ibadah haji yang ditangguhkan. Saya juga mahu begini, abang,” kata seorang netizen.

“Selepas dengar mas kahwin 25,000 rupiah dalam hati berkata ‘sederhana sangat gadis ini’, sampailah terdengar sehingga habis,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here