Terima Duit Dari Raja Permaisuri Agong, Uyaina Mahu Simpan Jadikan ‘Ibu Duit’

0
90

PETALING JAYA – Pengacara Uyaina Arshad berkongsi perasaan gembira apabila menerima wang daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu lawatan Seri Paduka Baginda di Media Prima pagi tadi.

Uyaina dalam satu hantaran di aplikasi X berkata, Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan wang itu kepadanya sebaik sahaja dia memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.

“Raja Permaisuri Agong bagi I duit sebab mengandung. Tapi, bukan untuk I lah, untuk baby.

“Nak simpan lah duit ini. Jadikan ibu duit supaya duit baby I boleh beranak-pinak,” tulisnya.

Dalam hantaran itu Uyaina turut berkongsi rakaman berdurasi sembilan saat memaparkan interaksinya bersama Seri Paduka Baginda ketika lawatan itu.

Bagaimanapun tidak dinyatakan berapakah jumlah wang yang diterima daripada Raja Permaisuri.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji sifat pemurah Seri Paduka Baginda yang turut dikatakan amat lembut hati dengan ibu mengandung.

“Baginda pernah melalui kepayahan 16 kali buat IVF (rawatan kesuburan in-vitro) untuk mendapatkan zuriat. Mungkin sebab tu baginda happy bila tahu orang mengandung,” kongsi Arif.

“Pemaisuri Agong memang sensitif sikit kalau bab mengandung dan anak ni. sebab beliau dulu lama kahwin baru boleh mengandung dan dapat anak. Dia sangat memahami perasaan ibu mengandung,” kata Perantau.

“Rezeki baby, Alhamdulillah,” kata Nurien.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli melawat Media Prima hari ini.

Seri Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira tiga jam di Sri Pentas selain turut membuat penampilan istimewa menyampaikan berita di slot khas, Buletin Diraja di TV3 pukul 8 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here