Tentera Israel Sekat Akses Ke ICU Punca Lima Bayi Pramatang Maut

0
97
Foto: Berita Harian

Baitulmaqdis: Lima bayi pramatang di Hospital Kanak-kanak Al Nasr di utara Gaza, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mereput di kemudahan itu, Selasa lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra berkata, sebelum gencatan senjata Jumaat lalu, beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza menjadi sasaran serbuan Israel dengan sebahagian daripadanya diarahkan membuat pengosongan.

Katanya, tentera Israel menyekat akses ke unit rawatan rapi (ICU) di kemudahan itu sebelum petugas kesihatan kembali ke hospital itu, pada malam Selasa lalu.

“Di sana, tentera penjajah (Israel) meninggalkan lima bayi pramatang yang ditemukan mereput.

Semasa arahan pengosongan hospital, tentera Israel melarang keluarga membawa bersama bayi yang baru lahir itu,” katanya kepada AFP.

Sementara itu, pihak tentera Israel yang dihubungi AFP enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Awal bulan ini, dunia mengikuti nasib 39 bayi pramatang yang terperangkap di sebuah lagi hospital utama Gaza City, Hospital Al Shifa, yang dikepung dan diserbu tentera Israel.

Lapan daripada bayi itu meninggal dunia akibat kekurangan bekalan elektrik untuk menjalankan operasi inkubator mereka manakala 31 lagi berjaya dipindahkan ke Mesir untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here