Sunday, May 19, 2024
HomeVIRALTengku Permaisuri Betulkan Lengan Jubah, Graduan Dilihat Tersipu Malu Atas Pentas

Tengku Permaisuri Betulkan Lengan Jubah, Graduan Dilihat Tersipu Malu Atas Pentas

PETALING JAYA – Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sekali lagi mencuri tumpuan apabila membetulkan lengan jubah seorang graduan lelaki yang terlipat dalam satu majlis konvokesyen baru-baru ini.

Melalui tinjauan Kosmo, perkara itu yang dikongsi Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi TikTok, memaparkan reaksi graduan tersebut yang tersipu malu ketika Baginda berbuat demikian.

Sehubungan itu, graduan berkenaan yang dikenali sebagai Aiman berhasrat untuk menyimpan jubah tersebut sebagai kenangan manis.

Klip video dengan jumlah tontonan 1.9 juta itu turut menerima pelbagai komen lucu dari pengguna media sosial.

“Bang, letak tanda dekat jubah. Senang kami nak pilih nanti,” kata Tekanama1.

“Lepas ini nak naik dengan ‘mortar board’ (topi) senget pula lah,” ujar Nina.

“Saya konvo nanti nak pakai jubah terbalik,” tambah Melon Musk.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES