MODEL terkenal Cara Delevingne mendedahkan rakan baiknya iaitu penyanyi Taylor Swift sebagai individu penting yang membantunya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Katanya, sikap Swift yang terbuka menerima dirinya untuk tinggal bersama di kediaman penyanyi itu membuatkan rasa terharu.
“Sebelum itu saya berdepan dengan kegagalan hubungan yang menyedihkan. Swift telah membenarkan saya untuk tinggal bersama dengannya.
“Dia menjaga saya dengan baik, tetapi saya memberikannya sedikit ‘pengalaman liar’. Bagi saya Swift seorang sahabat yang sangat baik, bijak dan pandai mengambil hati,” katanya.
Delevingne turut menyifatkan teman baiknya itu sebagai hero kerana sudi meluangkan waktu untuk membantunya.
“Kami merupakan dua individu yang berbeza. Itu yang membuatkan Swift unik. Bagi saya, dia adalah pejuang (hero) yang ada untuk menolong,” tambahnya.
Sumber – Kosmo! Online