Thursday, December 12, 2024
HomeVIRALTayang Emas Satu Badan, Pengasas Produk Kecantikan Jadi Tumpuan

Tayang Emas Satu Badan, Pengasas Produk Kecantikan Jadi Tumpuan

JAKARTA – Seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas memakai barangan kemas seberat 5 kilogram di seluruh tubuhnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati yang berasal dari Makassar.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @mks.info, dia menunjukkan perhiasan emas yang dipakai dari kepala hingga ke pergelangan tangannya.

Bukan itu sahaja, jari jemarinya juga dihiasi dengan cincin emas ‘gergasi’.

“Di atas 500 gram,” katanya sambil menunjukkan rantai emas di lehernya.

“Beg tangan ini seberat lebih 500 gram,” tambahnya sambil menayang beg tangan mewah itu.

Mira turut mengakui bahawa penampilan ‘emas’ yang dikenakan itu mencapai hampir 5 juta rupiah (RM1,438).

“Tidak sampai 5 juta rupiah. Tapi kalau harga emas sekarang memang tinggi,” katanya.

Sumber – AGENSI

 

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Selangor Mahu Tamat Kemarau Trofi

0
SELANGOR FC memasang impian untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut menjelang aksi suku akhir pertama Piala Cabaran menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium...

CATEGORIES