Tuesday, October 8, 2024
HomeLUAR NEGARATaufan Koinu: Hong Kong Tingkatkan Amaran, Sekolah Ditutup, Penerbangan Dibatalkan

Taufan Koinu: Hong Kong Tingkatkan Amaran, Sekolah Ditutup, Penerbangan Dibatalkan

MOSCOW, 8 Okt (Bernama-Sputnik) – Balai Cerap Hong Kong mengeluarkan amaran taufan T8 yang dinaik taraf pada Ahad ketika Taufan Koinu semakin menghampiri wilayah itu.

Sesi persekolahan dan penerbangan di Hong Kong juga dibatalkan dengan angin mencapai kelajuan 63 kilometer sejam (40 mph) atau lebih.

Menurut Bernama, amaran itu dikeluarkan pada 12.40 tengah hari waktu tempatan (04:40 GMT).

“Isyarat angin kencang No. 8 (No. 8 Northeast Gale) atau ribut berkuatkuasa. Ini bermakna angin dengan kelajuan purata 63 kilometer sejam atau lebih dijangka dari timur laut. Pada 5 petang, Taufan Koinu dikesan kira-kira 70 kilometer di selatan Balai Cerap Hong Kong,” kata agensi tersebut, lapor Sputnik.

“The No 8 Northeast Gale or Storm Signal sedang berkuat kuasa. Ini bermakna angin dengan kelajuan purata 63 kilometer sejam atau lebih dijangka dari suku timur laut. Pada pukul 5 petang, Taufan Koinu berpusat kira-kira 70 kilometer ke selatan Balai Cerap Hong Kong,” kata balai cerap itu, lapor Sputnik.

Biro Pendidikan Hong Kong telah menggantung kelas di sekolah kerana amaran yang dikeluarkan.

“Sekolah harus melaksanakan langkah-langkah kecemasan untuk memastikan keselamatan pelajar,” kata agensi itu.

Pada awal Ahad, akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa taufan itu telah menjejaskan sekurang-kurangnya 70 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, lapor Bernama.

Sumber: Bernama

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gangguan Bekalan Air: Beberapa Kawasan Di Ibu Kota Terjejas

0
Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari...

CATEGORIES