Thursday, April 25, 2024
HomeVIRALTarikan Pertama Di Malaysia, Skyline Luge Lokasi Pengunjung Cabar Adrenalin

Tarikan Pertama Di Malaysia, Skyline Luge Lokasi Pengunjung Cabar Adrenalin

HEMBUSAN angin menyapa pipi pengunjung saat dibawa naik ke atas bukit menerusi skyride iaitu lif berbentuk kerusi dengan empat tempat duduk.

Terdetik di hati penulis, berkemungkinan inilah rasanya menaiki skyride di kawasan gunung bersalji di negara-negara bermusim sejuk.

Biarpun pemandangan di Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor tidak bersalji, namun panorama kehijauan yang ditawarkan oleh gunung-gunung di sekeliling tetap memukau.

Selain keindahan pemandangan sekeliling, pengunjung juga dapat melihat landskap litar yang terbahagi kepada empat pilihan laluan.

Pengunjung disediakan dengan topi keledar pelbagai saiz iaitu XS, S, M, L dan XL.

Topi keledar tersebut juga dilengkapi dengan sistem berdaya Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) yang berfungsi merakam foto di lokasi-lokasi tertentu.

Setiba di atas bukit, para pengunjung disambut oleh petugas yang akan mengajar pengunjung tentang penggunaan luge.
Luge merupakan kenderaan yang menggabungkan elemen go-karting dan toboggan untuk meluncur menuruni bukit.

Penggunjung cuma perlu menarik pemegang ke belakang untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan dan lepaskan pemegang sedikit ketika meluncur menuruni bukit.

Berdasarkan Kosmo, Skyline Luge merupakan tarikan pertama seumpamanya di Malaysia yang dilancarkan Disember tahun lalu.

Tarikan tersebut juga merupakan yang kedua di Asia Tenggara selepas Singapura dan kelapan di dunia.

Menurut Pengurus Besar Skyline Kuala Lumpur, Gavin Barnes, trek sepanjang 1.6 kilometer (km) dibahagikan kepada empat laluan iaitu Legend, Ultra, Gravity dan Express.

“Trek di Malaysia menampilkan terowong terpanjang yang pernah kami bina untuk tarikan sebegini.

“Kelebihan itu merupakan keistimewaan trek di sini berbanding di Singapura, Kanada, Korea Selatan dan New Zealand,” katanya kepada Horizon baru-baru ini.

Pengunjung perlu memiliki ketinggian melebihi 136 sentimeter (cm) untuk menaiki skyride seorang diri.

Manakala, pengunjung dengan ketinggian antara 85 cm hingga 135 cm memerlukan teman bersama mereka.

Menurut Kosmo, pengunjung juga perlu melepasi ketinggian 110 cm untuk menunggang luge seorang sendiri, manakala kanak-kanak di bawah ketinggian tersebut boleh menumpang luge orang dewasa.

Skyline Luge dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang pada Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat, sementara ditutup pada hari Rabu kecuali cuti umum.

Pada hujung minggu pula, pengalaman menaiki luge boleh dinikmati sehingga pukul 10 malam.

Pada waktu malam, sinaran lampu pelbagai warna mewarnai trek, terowong dilengkapi lampu diod pemancar cahaya (LED) serta cuaca dingin memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Tambah Barnes, pengunjung boleh menggunakan tiket dalam pakej sama sepanjang hari, sekali gus menikmati kedua-dua suasana siang dan malam.

“Pakej paling laris buat masa ini adalah pakej lima kali pemanduan.

“Ini bermaksud, pengunjung boleh habiskan jumlah pemanduan pada sebelah siang dan malam.

“Sementara menunggu masa berlalu, pada pengunjung boleh bersantai di kafe dari New Zealand kami yang menjual aiskrim dan minuman ringan,” katanya sebelum menutup bicara.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gara-Gara Kesilapan Komunikasi, Lima Pesawat Nyaris Bertembung

0
WASHINGTON – Lima pesawat nyaris bertembung selepas sebuah pesawat Swiss Air mengalami kesilapan komunikasi, yang meletakkan kesemuanya di landasan sama secara serentak di Lapangan...

CATEGORIES