Sunday, November 10, 2024
HomeBERITATaktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak Julai lalu akhirnya tumpas selepas diberkas polis, minggu lalu.

Suspek berusia 26 tahun ditahan bersama-sama teman lelaki serta ibunya, yang disyaki bersekongkol dengan bertindak sebagai penjual barang kemas dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, kesemua suspek berjaya dikesan dan ditahan Polis Kontinjen Selangor pada 5 Oktober lalu.

“Menerusi siasatan televisyen litar tertutup (CCTV) premis terlibat, wanita ini dikesan melakukan samun dengan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan barang kemas yang sedang dipegangnya.

“Teman lelaki suspek juga berusia 26 tahun bertindak sebagai pemandu yang menunggunya di dalam kereta Toyota Yaris berwarna putih, manakala si ibu yang merupakan pesara guru berusia 61 tahun berperanan sebagai penjual emas yang dicuri,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, hasil soal siasat pasangan kekasih itu mengaku terlibat dengan tiga kes di Masjid Tanah, Alor Gajah dan Pulau Sebang dengan anggaran kerugian RM50,000.

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda kerana mencuri.

“Kesemua emas-emas yang dicuri dalam tujuh kes di ketiga-tiga negeri dipercayai telah dijual. Setakat ini tiada rampasan barang kes semasa penahanan mereka,” ujarnya.

Kosmo! pada Ogos lalu melaporkan polis memburu seorang wanita yang dipercayai melakukan samun dengan membawa pistol mainan di beberapa buah premis di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semakan pihaknya mendapati suspek telah melarikan barang kemas bernilai RM15,000 di Pulau Sebang selepas berpura-pura ingin membelinya.

Katanya, pemilik premis mendakwa melihat suspek membawa senjata dipercayai sepucuk pistol mainan di dalam beg tangannya sebelum dia melarikan diri menaiki Yaris.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES