Tak Tahan Kena Kecam, Aliff Syukri Padam Video Raya Tidak Sopan

0
160
Foto: Utusan TV

KUALA LUMPUR: Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf selepas memuat naik klip video lagu baharu berjudul Love Raya yang memaparkan sekumpulan lelaki berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan.

Melalui hantaran video dalam Instagram (IG), semalam, Aliff, 36, turut memohon maaf kepada ibunya yang juga usahawan, Rozita Ibrahim selepas ditegur kerana memuatnaik video tidak sepatutnya pada bulan Ramadan.

“Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video, saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

“Memang saya kecil hati sebab sudah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari dan juru video.

“Tapi, netizen tak tengok lagi sudah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih,” katanya.

Pada masa sama, Aliff memberitahu, dia mengambil keputusan memadam video daripada media sosial miliknya.

“Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri.

“Saya sudah padam video itu. Padahal orang luar lagi banyak buat benda pelik-pelik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here