“Tak sondol Sesiapa” – Sophia Nekad Mahu Berlakon Dengan Pelakon Lelaki Bujang Sahaja

0
75
Foto: Kosmo

Petaling Jaya : “Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak beranggapan buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang,” kata pelakon, Sophia Albarakbah, 30, yang rimas apabila dikaitkan dengan suami orang.

Sophia yang ditemui selepas majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey berkata, dia penat untuk menjaga hati pihak lain dan berusaha untuk mengelak daripada bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

Dalam masa sama, Sophia juga menafikan dia seorang ‘penyondol’ atau mengganggu rumah tangga orang lain.

“Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud ‘penyondol’ itu apa,” katanya.

Walaupun sering terpalit kontroversi, Sophia tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuk terus aktif sebagai pelakon.

“Saya suka berlakon, tapi boleh lari dari kontroversi. Suka tak suka, kita kena terima juga,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa pelakon lelaki berstatus suami harus berhati-hati jika bergandingan dengannya, Sophia berkata, dia tiada niat lain selain fokus bekerja.

“Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa nak salahkan saya? Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.

“Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa, duduk bernafas pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here