Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN"Tak Seronok Masuk Kerja, Ada Bos Tengah Marah"

“Tak Seronok Masuk Kerja, Ada Bos Tengah Marah”

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir majikan yang tidak mampu mengawal amarah sehingga memberi kesan negatif kepada pekerja.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, emosi majikan yang tidak menentu boleh mempengaruhi mood serta produktiviti pekerja.

“Hari ini saya stres. Tak seronok sebenarnya bila awak masuk kerja dan ada orang tengah marah-marah, mesti akan beri kesan kepada mood.

“Mesti ada cara untuk menegur pekerja sebab semua itu akan memberi kesan terhadap mood pekerja itu,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Perlu profesional dalam kerja, pelakon drama Susuk itu menasihatkan setiap majikan agar sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan untuk menjadi pemimpin yang mampu melahirkan kakitangan cemerlang.

“Apabila jadi begitu, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan automatik benda yang kita buat pada hari itu tidak akan menjadi bagus.

“Tak boleh nak buat kerja sepenuh hati dan hilang semangat sebab mood sudah lari.

“Jadi saya terfikir, apa jenis bos yang awak ingin jadi untuk pekerja awak? Itu persoalan saya untuk awak,” soalnya.

Pun begitu, Dynas tidak menyatakan secara khusus kepada siapa luahan tersebut ditujukan.

Rata-rata netizen senada dengan kenyataan ibu kepada tiga cahaya mata itu selain berpendapat majikan tidak sepatutnya menghempaskan kecamuk emosinya kepada pekerja secara semberono.

Sumber — KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES