Sunday, January 19, 2025
HomeBERITA"Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada" - VIT'S Tampil Kelainan Raya 2024

“Syukurnya Raya, Vit’s Kan Ada” – VIT’S Tampil Kelainan Raya 2024

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2024 – Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, VIT’S telah melancarkan lagu dan muzik video raya yang bertajuk “Syukurnya Raya, Vit’s Kan Ada” yang turut dinyanyikan oleh Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim yang bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Foto: Medialah

Majlis berbuka puasa dan pelancaran lagu dan muzik video tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Salem Kailany, CEO Uda Holdings Berhad.

Penampilan khas YBhg Datuk Khadijah Ibrahim juga turut sama memeriahkan majlis dengan mempersembahkan secara lansung lagu “Syukurnya Raya, Vit’s Kan Ada” buat para tetamu yang hadir.

Sebelum ini, VIT’S lebih terdorong kepada promosi drama raya namun tahun ini dengan sedikit kelainan, jenama terkenal ini berjaya mencipta lagu raya bersama penyanyi veteran Malaysia.

Lebih menarik, penghasilan muzik video dan lagu terbaru VIT’S hanya mengambil satu bulan sahaja termasuklah dari segi lirik, melodi beserta konsep yang dibawa untuk tahun ini sekaligus sedia untuk didengari secara digital di semua portal muzik digital dan media sosial hari ini.

Lagu dan muzik video ini lebih memfokuskan peralihan suasana beraya di zaman 1970an ke zaman moden sesuai dengan perjalanan VIT’S yang telah bermula sejak tahun 1975 lagi.

Dalam masa yang sama, majlis menjadi lebih meriah apabila jemputan turut berbuka puasa bersama-sama sambil dihidangkan hidangan bufet yang menyediakan pelbagai juadah beserta pencuci mulut yang beraneka.

Di akhir majlis, CEO Uda Holdings Berhad, Encik YT Lai atau dikenali dengan nama Noodlesman Malaysia telah memberi token penghargaan kepada wakil pembikinan lagu dan muzik video.

Dalam kesempatan itu, VIT’S juga telah mengeluarkan produk mi segera terbaharu iaitu Pan Mee Segera yang telah diinovasikan ke arah yang lebih kenyal dan tebal sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Foto: Mini Me Insights

Sumber: VIT’S//MEDIALAH

 

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES