Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARASyarikat Batal Penerbangan, Rakyat Israel Terkandas

Syarikat Batal Penerbangan, Rakyat Israel Terkandas

PARIS –  Syarikat-syarikat  penerbangan utama membatalkan berpuluh-puluh penerbangan ke Tel Aviv kelmarin dan semalam selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel.

American Airlines, Air France, Lufthansa, Emirates and Ryanair  antara yang menggantung penerbangan ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Bagaimanapun, pihak-pihak berkuasa lapangan terbang tidak memutuskan perjalanan udara komersial melibatkan lapangan terbang antarabangsa kedua Israel di Eilat yang menjadi destinasi pelancongan popular Laut Merah.

Syarikat penerbangan Israel itu mengekalkan penerbangan pergi balik ke Tel Aviv pada masa ini, walaupun sebilangan penerbangan serupa kendalian rakan kongsi asing telah dibatalkan.

Menurut El Al, pihaknya ‘mematuhi arahan pasukan keselamatan Israel’  dengan semua penerbangan kini hanya berlepas dari Terminal Tiga di Ben Gurion.

Katanya, pelanggan boleh menukar tiket penerbangan mereka tanpa sebarang caj.

Di Athens, Kementerian Luar Greece berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa pulang 149 pelancong Greece dari Israel dengan 81 daripada mereka menaiki penerbangan El Al dan tiba lewat kelmarin.

Berdasarkan Kosmo, banyak syarikat penerbangan utama membatalkan penerbangan selepas kelmarin dengan pengendali lapangan terbang AENA di Sepanyol berkata, empat daripada sembilan penerbangannya  yang dijadualkan ke Tel Aviv dibatalkan kelmarin iaitu masing-masing dua dari Madrid dan Barcelona.

Sembilan penerbangan lain dari Tel Aviv menuju lapangan terbang di Sepanyol tidak terjejas setakat semalam, kata AENA.

Syarikat penerbangan Sepanyol, Air Europa membatalkan dua penerbangan berjadual antara Madrid dan Tel Aviv, namun  syarikat penerbangan tambang murah, Iberia Express meneruskan penerbangan Madrid-Tel Aviv selepas menggantung dua penerbangannya kelmarin.

Vueling yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah  berpangkalan di Barcelona pula memaklumkan bahawa situasi di Israel menyebabkan penerbangan ke/dari Tel Aviv sama ada dibatalkan atau mengalami kelewatan.

Di Jerman, seorang jurucakap Lufthansa Jerman berkata kelmarin bahawa Lufthansa membatalkan semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv termasuk hari ini.

Air France mengumumkan bahawa pihaknya telah menghentikan penerbangan  laluan Tel Aviv ‘sehingga diberitahu kelak’. Syarikat penerbangan tambang rendah kumpulan Air France-KLM,  Transavia turut membatalkan semua penerbangan dari Paris dan Lyon ke Tel Aviv setakat hari ini.

Syarikat penerbangan Itali, ITA Airways pula membatalkan penerbangannya sehingga semalam ‘untuk melindungi keselamatan penumpang dan anak kapal”, manakala Poland LOT membatalkan penerbangannya dari ibu negara Poland, Warsaw kelmarin.

United Airlines yang berpangkalan di Amerika Syarikat memberitahu AFP bahawa penerbangannya ke  Tel Aviv akan kekal digantung sehingga keadaan kembali pulih.

Syarikat penerbangan lain yang menggantung penerbangan termasuk Aegean, Swiss, Austrian Airlines, Wizz Air dan Air Canada.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES