Syabas! Anak Orang Asli Raih 11A Dalam SPM 2023

0
48
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Orang Asli meraih 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir daripada Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Iskandar Mersing antara 47 pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2023.

Perkara itu dikongsi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam satu hantaran di facebook rasminya.

Katanya, beliau dimaklumkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai keputusan itu.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Naufal Adam Mohd Nasir daripada SM Sains Sultan Iskandar Mersing kerana telah berjaya mendapat keputusan 11A. Hebat!

“Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua anak muda yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM 2023 ini.

“Saya doakan semoga kalian semua terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here