Sunday, May 19, 2024
HomeBERITASuspek Masih Lagi Misteri, Tiada Petunjuk Baharu Kes Zayn Rayyan

Suspek Masih Lagi Misteri, Tiada Petunjuk Baharu Kes Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan bukti baharu susulan Identiti pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang masih lagi misteri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak tersebut dan operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar lokasi.

“Tiada perkembangan, maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ringkas ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Kosmo, dalam perkembangan berasingan, sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, pada pukul 3 petang.

Dianggarkan lebih 20 anggota polis dilihat memasuki Blok R pada pukul 3.25 petang yang mana lokasi terakhir Zayn Rayyan dilihat, sebelum dilaporkan hilang.

Difahamkan, ketibaan anggota polis di lokasi bagi mengesan dan mencari bukti baharu untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Semalam, Hussein berkata, proses mengesan bukti masih giat dijalankan khususnya di kawasan blok kediaman mangsa.

Berdasarkan Kosmo, menurut beliau, sebanyak 172 individu sudah dirakam keterangan yang mana membabitkan ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk sekitar.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES