Saturday, August 8, 2026
HomeSUKANUCI Sokong LTdL Kekal Dalam Kalendar ProSeries

UCI Sokong LTdL Kekal Dalam Kalendar ProSeries

MALAYSIA terus mengekalkan reputasi sebagai penganjur terbaik dalam penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) meluluskan status ProSeries bagi tempoh tiga tahun bermula 2026 hingga 2028.

Naib Presiden UCI, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, keputusan berkenaan merupakan satu kejayaan besar buat Malaysia selepas berjaya membuktikan keupayaan menganjurkan perlumbaan berprestij itu secara profesional dan teratur.

“Ini satu kejayaan besar untuk Malaysia dan bukti nyata bahawa UCI mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan negara kita dalam menganjurkan LTdL secara cekap, profesional dan tanpa sebarang isu.

“Saya juga telah berbincang dengan Presiden UCI, David Lappartient mengenai kepentingan LTdL sebagai antara perlumbaan utama di benua Asia.

“Saya tekankan kepada beliau bahawa LTdL bukan sekadar perlumbaan biasa ia adalah simbol pembangunan dan kemajuan sukan berbasikal di Asia.

“Saya gembira kerana beliau bersetuju sepenuhnya dan memberi sokongan agar perlumbaan ini kekal dalam kalendar ProSeries UCI untuk tiga tahun akan datang,” kata Amarjit yang juga merupakan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) semalam.

Berita baik tersebut turut disambut baik oleh pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta PKBM yang melihatnya sebagai pengiktirafan besar kepada keupayaan Malaysia.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES