Tuesday, October 28, 2025
HomeSUKANTun Md Raus Ketuai Jawatankuasa Bebas Siasat Isu Dokumentasi Tujuh Pemain Warisan

Tun Md Raus Ketuai Jawatankuasa Bebas Siasat Isu Dokumentasi Tujuh Pemain Warisan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataan hari ini, FAM mengulangi pendirian badan induk itu untuk tidak melibatkan mana-mana individu daripada dalam FAM bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil, telus dan profesional.

FAM memaklumkan Md Raus turut diberi tanggungjawab memilih sendiri ahli jawatankuasa bebas bagi melengkapkan pasukan siasatan itu.

“Berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luas beliau, FAM berharap Md Raus bersama-sama ahli jawatankuasa bebas yang akan dipilih oleh beliau dapat menjalankan proses siasatan secara teliti dan menyeluruh sebelum membuat satu rumusan hasil siasatan,” menurut kenyataan itu.

Bulan lalu, FIFA mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 (RM10,560) terhadap tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen dengan FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta).

Keputusan rayuan FAM terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan itu dijangka diketahui pada 30 Oktober.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘AI Hanya Alat Bantuan, Bukan Pengganti Kreativiti’ – Sean Paul

0
KEMUNCULAN Sean Paul ke Malaysia sentiasa dinanti-nantikan, terutama pemuja tegar yang menjadi pengikutnya karyanya sejak awal era 2,000-an. Rata-ratanya adalah penggemar muzik zaman milenial yang...

CATEGORIES