Friday, October 3, 2025
HomeSUKANHarapan Arsenal Musnah Untuk Dapatkan 'Isak'

Harapan Arsenal Musnah Untuk Dapatkan ‘Isak’

LONDON – Hasrat Arsenal untuk mendapatkan khidmat penggempur Newcastle United, Alexander Isak mungkin tidak kesampaian apabila kelab itu membuat keputusan untuk tidak menjualnya.

The Gunners menamakan penyerang Sweden itu sebagai sasaran utama pada musim panas kali ini selepas Isak berjaya mempamerkan kualiti sepanjang saingan musim lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Arsenal, Edu tidak mahu Arsenal menyerah terlalu awal dan bersedia mengheret rundingan ke fasa berikutnya bagi memastikan impian mereka mendapatkan Isak menjadi kenyataan.

Berikutan sedar proses tersebut memakan masa yang panjang, Arsenal tidak berdiam diri apabila cuba mendapatkan alternatif lain untuk memastikan jentera serangan mereka musim depan lebih efektif.

Rundingan Arsenal bersama Newcastle untuk mendapatkan Isak juga dijangka tidak berjalan dengan mudah ekoran sentimen sokongan terhadap beberapa kelab yang dimiliki oleh pendana dari Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Arsenal dilaporkan menjadi salah satu kelab yang tidak bersetuju dan meminta sekatan lebih ketat terhadap pelaburan daripada pendana-pendana tersebut menyebabkan Newcastle yang dimiliki Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi tidak menyenanginya.

The Gunners ketika ini sudah berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol, David Raya dari Brentford dan pemain pertahanan Bologna, Riccardo Calafiori, malah ketika ini semakin hampir untuk mendapatkan pemain tengah Real Sociedad, Mikel Merino. – AGENSI

Sumber  : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Lebarkan Sayap Dari Borneo Ke Malaysia

0
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2025 – TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh...

CATEGORIES