Friday, October 3, 2025
HomeSUKANEnrique Bangga PSG Jinakkan Barca Di Gelanggang Lawan

Enrique Bangga PSG Jinakkan Barca Di Gelanggang Lawan

BARCELONA, Sepanyol: Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique memuji semangat juang pasukannya yang pincang akibat kecederaan selepas bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu bangkit selepas ketinggalan awal dan tanpa beberapa tonggak utama untuk mengesahkan kemenangan penting di Stadium Olimpik Montjuic, sekali gus meraih kemenangan ketiga berturut-turut mereka di ibu negeri Catalonia.

“Ia perlawanan cemerlang. Apabila anda lihat dua pasukan bermain bersih, cuba menyakitkan lawan dengan bola, ia satu aksi yang amat lengkap,” kata Enrique kepada penyiar Sepanyol, Movistar Plus.

PSG menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain berusia 19 tahun, Senny Mayulu pada minit ke-38 selepas larian hebat Nuno Mendes dari sebelah kiri, sebelum pemain gantian, Goncalo Ramos meledak gol kemenangan hasil serangan balas di hujung permainan.

“Mereka (Barcelona) lebih baik hingga menjaringkan gol, tetapi kami bangkit semula. Nuno melakukan gerakan luar biasa. Saya fikir kami lebih baik pada babak kedua,” tegas Enrique.

PSG melakar kejayaan itu walaupun tanpa beberapa tonggak seperti kapten Marquinhos, Ousmane Dembele, Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia, sekali gus membuka ruang buat bakat muda seperti Mayulu menyerlah.

“Mayulu memiliki kekuatan luar biasa, dia membawa banyak kualiti. Dia boleh beraksi di dalam atau luar. Saya sangat bertuah memilikinya,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

Enrique turut menyatakan kebanggaannya dengan kemampuan skuad bimbingannya menyesuaikan diri dan tampil cemerlang biarpun berdepan banyak halangan di gelanggang lawan.

“Kami bermain dengan baik. Permulaan agak sukar, mereka (Barcelona) ada ramai pemain berkualiti. Bagi 20 minit pertama agak getir dan kami lakukan kesilapan. Tetapi pada babak kedua, kami lebih baik dan kami layak menang.

“Saya gembira kerana masalah tidak penting. Kemenangan ini amat penting. Menentang Barca memang sentiasa sukar. Keputusan ini penting demi keyakinan kami,” katanya.

Sumber – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Lebarkan Sayap Dari Borneo Ke Malaysia

0
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2025 – TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh...

CATEGORIES