SUK Melaka Meninggal Dunia, Majlis Rumah Terbuka Esok Batal

0
86
Foto: Harian Metro

Melaka: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari yang dijadualkan esok, dibatalkan.

Maklumat daripada pejabat SUK hari ini, memaklumkan pembatalan itu susulan kematian Zaidi, pagi tadi.

“Majlis yang sepatutnya diadakan esok terpaksa dibatalkan. Persiapan memang sudah dibuat, tetapi perancangan Allah SWT mengatasi segalanya,” kata seorang pegawai di pejabat SUK ketika dihubungi.

Majlis rumah terbuka Aidilfitri itu dijadualkan bermula jam 12 tengah hari esok, dan jemputan juga sudah dibuat pada penghujung Ramadan lalu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here