Thursday, April 25, 2024
HomeBERITASubvarian Terbaru Iaitu Omicron HK.3 dan JN.1 Telah Dikesan Di Sarawak

Subvarian Terbaru Iaitu Omicron HK.3 dan JN.1 Telah Dikesan Di Sarawak

KUCHING: Subvarian Covid-19 iaitu Omicron HK.3 dan JN.1 dikesan di beberapa kawasan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Masyarakat (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. David Perera berkata, HK.3 dikesan 26 peratus manakala varian JN.1 setinggi 49 peratus.

“Sampel ini dikenal pasti terutamanya di kawasan Kuching dan Samarahan dengan beberapa kes dari Sibu.

“Peningkatan kebolehjangkitan dan pengelakan imun (‘immune evasiveness) JN.1 yang ditandai dengan pelbagai mutasi baharu menjurus kepada lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Dr David Perera, amat penting untuk mengambil berat bahawa kelaziman varian HK.3 dan JN.1 di kawasan lain di Sarawak masih tidak menentu disebabkan keberadaan data yang terhad.

“Subvarian JN.1 yang pada mulanya direkodkan di Amerika Syarikat (AS) pada September tahun ini merebak dengan pantas dan kini merupakan satu pertiga daripada semua kes positif di AS.

“Mengambil kira varian tersebut yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19, penduduk di negeri ini dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan terutamanya semasa musim perayaan yang akan datang,” tegasnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahkan Sarawak mencatatkan peningkatan dalam kes jangkitan Covid-19 sejak Minggu Epid 36 (dari 3 September hingga 9 September 2023).

Kata Uggah, dalam Epid Minggu 50 (dari 10 Disember hingga 16 Disember 2023), jumlah kes Covid-19 ialah 631, meningkat 103.5% berbanding minggu sebelumnya dengan 310 kes.

Terdapat trend peningkatan dalam jumlah kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital sejak awal November 2023.

“Minggu Epid 50, terdapat 45 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan kategori 3, 4 dan 5 berbanding minggu sebelumnya sebanyak 25 kes.

“Walaupun begitu, pengurusan pesakit masih dalam kapasiti boleh dikendalikan buat masa ini dan hospital sedang memperkukuh kesiapsiagaan mereka untuk menangani kes Covid-19 yang teruk, memandangkan peningkatan kes Covid-19 dan kemasukan yang dilaporkan dalam beberapa minggu lalu,” katanya.

Bagaimanapun kata Uggah, tiada kematian baharu dengan Covid-19 dilaporkan dalam Minggu Epid 50; menjadikan jumlah kematian kekal sembilan (9) kes pada tahun ini.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES