Subsidi Harga Ayam Tamat Rabu Ini, Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Mendadak

0
87
Foto: Kosmo

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa 1 November 2023.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi subsidi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

“Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.

“Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.

Susulan penamatan subsidi harga ayam itu, kerajaan katanya memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak.

Beliau berkata hal ini memandangkan ketika ini, rata-rata peniaga menjual ayam jauh lebih rendah daripada harga siling ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram, selain jaminan pembekal bahawa bekalan sumber protein itu mencukupi buat masa ini dan masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here