Tuesday, September 17, 2024
HomeBERITASubsidi Berterusan Menjamin Kestabilan Harga Ayam Dan Telur

Subsidi Berterusan Menjamin Kestabilan Harga Ayam Dan Telur

ALOR SETAR – Penternak ayam dan pengeluar telur di negeri ini menaruh harapan tinggi agar kerajaan meneruskan pemberian subsidi untuk menstabilkan bekalan serta harga bahan mentah itu di pasaran.

Berdasarkan laporan Kosmo, Setiausaha Persatuan Penternak Ayam Kedah, P. Ravintharan berkata, penghapusan sebarang bentuk subsidi berkemungkinan akan mengakibatkan krisis bekalan bahan mentah itu apabila penternak bertindak mengurangkan pengeluaran ekoran kos operasi semakin tinggi.

“Jika kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan subsidi sekarang, ia akan menjejaskan keselamatan bekalan ayam negara untuk jangka panjang.

“Kita berkemungkinan akan menghadapi satu lagi pusingan krisis kekurangan bekalan ayam dan telur jika penternak memutuskan untuk menghentikan atau mengurangkan bekalan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ravintharan memberitahu, penghapusan subsidi itu juga akan memberi kesan serta-merta kepada pengeluaran ayam dan telur tempatan.

“Kos setiap ekor ayam untuk penternak berskala kecil dan sederhana meningkat secara berterusan sejak wabak pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

“Sebelum wabak, bagi makanan ayam seberat 50 kilogram (kg) dijual pada harga RM85 tetapi harganya melonjak kepada RM135 sekampit sejak wabak itu,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat hanya pengurangan satu hingga dua ringgit sejak kebelakangan ini, namun ia masih 50 dan 60 peratus lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

Sementara itu, seorang penternak yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Mazlina Kamarudin berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meneruskan pemberian subsidi itu.

“Kos makanan ternakan dan anak ayam masih tinggi sepanjang masa. Adalah munasabah bagi kerajaan untuk mempertimbangkan langkah-langkah intervensi dengan memberi tumpuan kepada subsidi untuk pengeluaran pasaran runcit.

“Kami akan menjadi pihak yang rugi jika kerajaan memutuskan untuk menarik balik subsidi sekarang terutamanya dengan kemasukan ayam import,” kata Mazlina.

Media baru-baru ini melaporkan Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kembalikan Semula UPSR, Ukur Keupayaan Sebenar Murid – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan. Menurut beliau, sistem penilaian...

CATEGORIES