Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN'Suatu Hari Nanti Saya Akan Buat Kenyataan Yang Sebenar-Benarnya' - Che Ta

‘Suatu Hari Nanti Saya Akan Buat Kenyataan Yang Sebenar-Benarnya’ – Che Ta

SHAH ALAM – Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memberitahu akan mengeluarkan kenyataan sebenar mengenai perkara yang menimpanya suatu hari nanti.

Rozita turut memuat naik dan menafikan kenyataan laporan media tempatan yang mendakwa beliau tidak pernah membayar pembiayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 2017.

“Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita yang sahih!

“Suatu hari nanti saya akan buat kenyataan yang sebenar-benarnya!,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Sebelum ini, Mara bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pada Selasa, acara lelongan barangan miliknya telah ditunda ke satu tarikh baharu yang bakal dimaklumkan kelak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES