Sunday, January 26, 2025
HomeBERITASuami Zahnita Tiba Di Kompleks Mahkamah Kuantan Untuk Pertuduhan

Suami Zahnita Tiba Di Kompleks Mahkamah Kuantan Untuk Pertuduhan

KUANTAN – Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan berkaitan mendatangkan kecederaan dan kes dadah.

Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat oleh pihak polis kira-kira jam 9.05 pagi.

Pertuduhan dijangka dilakukan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada pasangannya.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor binaan turut berdepan satu lagi pertuduhan berkaitan urin positif dadah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas Zahnita Wilson memuat naik gambar menunjukkan kesan lebam di bahagian mata di akaun media sosialnya.

Pelakon filem Kuliah Cinta turut mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada Selasa lalu, suami kepada selebriti berdarah kacukan Melayu dan Australia tersebut telah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Proses reman dilakukan di Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Wakil media berkumpul di mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes ini.

Zahnita memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013 tetapi menariknya semula, awal tahun 2015.
Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES