Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN‘Suami Sentiasa Tunjukkan Kelembutan Dalam Setiap Hal’

‘Suami Sentiasa Tunjukkan Kelembutan Dalam Setiap Hal’

PETALING JAYA – “Semakin hari, semakin cinta.”

Demikian kata-kata ‘bersemut’ daripada pelakon Datin Atikah Suhaime buat suami tersayang, Datuk Lokman Teh bersempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka, semalam.

Bersyukur dikurniakan suami cukup sempurna, Atikah Suhaime atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, kebertanggungjawaban dan kasih sayang dicurahkan suaminya membuatkannya terus dilamun cinta.

“Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak menyakinkan saya bahawa kita akan jadi ibu bapa sempurna.

“Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.

“Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam dunia saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pada masa sama, pelakon asal Singapura itu bersyukur ahli perniagaan itu turut mencurahkan kasih sayang kepada ibu bapanya.

Bahkan kata Atikah, Lokman melayaninya dengan baik selain berbangga memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada orang ramai.

“Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya menjaga saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak.

“Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.

“Terima kasih sentiasa mengajar saya rasa syukur. Meskipun awak tidak sempurna di mata orang tetapi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah berikan kepada saya,” jelas pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu.

Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES