Kuala Lumpur: Segelintir suami selain isteri umpama menempah ‘tiket ke neraka’ dengan menawarkan diri untuk curang selain bertukar pasangan secara suka sama suka.
Individu ini hanya perlu mendaftar dengan sebuah kumpulan Facebook sebelum ‘menggatal’ bersama suami atau isteri orang, selain berbincang berkaitan bertukar pasangan.
Wartawan Harian Metro turut menyamar dengan menyertai kumpulan terbabit yang diasaskan pada 21 November 2018 demi membongkar kegiatan jijik itu.
Berdasarkan usaha menjadi ahli, cubaan untuk menyertai kumpulan itu ditapis oleh pengendali akaun sebelum diterima permohonannya.
Pemantauan mendapati, ahli dalam kumpulan terbabit berusaha mencari kenalan dengan memuat naik hantaran bahawa mereka memerlukan peneman, sunyi dan pelbagai lagi.
Ada juga ahli yang menjaja cerita sedih meraih simpati kononnya diabaikan pasangan kerana menghidap penyakit kronik.
Individu yang berminat akan meninggalkan komen sebelum mengirim kiriman mesej peribadi untuk berkenalan dengan lebih dekat.
Malah ada dalam kalangan isteri jalang atau suami hidung belang tanpa segan silu sanggup berkongsi gambar masing-masing di mesej peribadi.
Persoalannya? Kenapa belum ada tindakan diambil untuk menyekat akaun kumpulan terbabit kerana ia masih aktif sehingga kini malah keahliannya terus bertambah sehingga melebihi 112,000.
Sumber: Harian Metro