Suami Isteri Cedera Parah Gagal Elak Lori Tiba-Tiba Tukar Haluan

0
66

TANJUNG MALIM – Pasangan suami isteri cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka melanggar lori yang menukar haluan secara tiba-tiba di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai, di sini hari ini.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha MT-09 berusia 31 tahun patah kedua-dua tangan dan cedera di kepala, manakala isterinya yang juga berusia 31 tahun luka di muka.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Kota Damansara menuju ke Ipoh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori yang dipandu di lorong kiri itu telah mengubah haluan ke lorong kanan untuk memotong kenderaan di hadapannya.

“Sebuah motosikal dari arah yang sama tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar belakang lori di bahagian kanan  Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here