Stesen TV Belum Selesaikan Bayaran, Pendakwah Bebas Seakan ‘Mati Akal’

0
80
Foto: Foto hiasan

Kuala Lumpur : Seorang pendakwah bebas dikatakan ‘mati akal’ apabila sebuah stesen TV didakwa gagal melunaskan bayaran kerja yang sudah dilaksanakan.

Difahamkan, stesen TV itu masih gagal menyelesaikan bayaran penuh yang dianggarkan sebanyak puluhan ribu ringgit kepada pendakwah berusia awal 30-an itu.

Apa yang menyedihkan, pendakwah terbabit dikatakan tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa kerana bimbang akan menjejaskan periuk nasinya.

Bagaimanapun, pendakwah terbabit ada menceritakan perkara itu kepada kenalan rapatnya yang juga rakan selebriti, namun masih tidak dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here