Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAStatus Kewangan Agensi Umrah Akan Disemak Semula Mulai Tahun 2024

Status Kewangan Agensi Umrah Akan Disemak Semula Mulai Tahun 2024

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2023 – MOTAC akan bertindak tegas mengenai insiden penipuan pengurusan jemaah umrah yang dikendalikan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan yang sering terjadi.

MOTAC bakal bekerjasama dengan persatuan-persatuan umrah seperti BUMITRA, MATTA dan PAPUH untuk memulakan pelaksanaan gred kepada syarikat-syarikat umrah yang berlesen sahaja mulai tahun hadapan.

Foto: Xklusif

Syarikat umrah yang diletakkan di bawah proses penggredan akan diperiksa melalui kriteria-kriteria seperti status kewangan, proses tempahan bilik dan tiket penerbangan, mempunyai perjanjian bertulis dengan jemaah dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482 akan dikemaskini bagi mendedahkan agensi umrah yang bermasalah dan tidak berlesen.

Bagi mana-mana individu atau syarikat yang cuba melanggar perundangan di bawah bidang kuasa MOTAC, tindakan keras akan dikenakan bagi menjamin kepentingan dan reputasi industri pelancongan.

MOTAC juga menasihatkan rakyat Malaysia Madani untuk lebih berwaspada dan teliti semasa membuat pembelian pakej umrah dan juga pelancongan.

Tindakan ini sebagai peringatan penting supaya isu ini tidak lagi berulang sehingga menimbulkan masalah kepada pihak yang terlibat memandangkan kos umrah juga semakin meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES