Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAStarlink Di Gaza Hanya 'Scam' Semata-Mata?

Starlink Di Gaza Hanya ‘Scam’ Semata-Mata?

PETALING JAYA – Bantuan sistem telekomunikasi berasaskan satelit Elon Musk, Starlink untuk penduduk Gaza hanyalah bagi mendapatkan publisiti yang ingin menaikkan nama pemilik Tesla itu.

Menerusi perkongsian di TikTok kata @feilasham, sekarang ini syarikat Kumpulan Paltel yang menyediakan rangkaian secara percuma kepada penduduk Gaza, lapor Kosmo.

“Syarikat itu dalam keadaan bahaya tetapi tetap sediakan internet di sini (Gaza)

“Elon Musk telah menggunakan berita itu untuk kepentingannya sendiri. Dia tidak melakukan apa-apa. Keseluruhan drama ini adalah sia-sia.

“Mereka sudah mempunyai talian dan kuasa di Gaza. Mereka hantar pasukan mereka sendiri mempertaruhkan nyawa mereka supaya dapat memulihkan sekurang-kurangnya komunikasi untuk penduduk Gaza.

“Mereka telah beri penduduk Gaza internet dan panggilan percuma supaya mereka memberitahu jika terperangkap di bawah runtuhan atau menghubungi orang ramai untuk memberitahu keadaan mereka baik-baik saja,” jelas video itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Elon Musk mengumumkan bahawa sistem telekomunikasi berasaskan satelit miliknya, Starlink akan memperluaskan perkhidmatan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa di Semenanjung Gaza.

Menurut Kosmo, rata-rata netizen bertanya tentang perkara itu di aplikasi X milik Elon Musk.

“Di manakah sambungan Starlink yang anda janjikan? setakat yang kami tahu pemulihan sambungan internet tersebut adalah dari syarikat telekomunikasi Palestin,” komen @minxchutney.

“Saya berharap ia bukan hanya sekadar publisiti yang melibatkan Elon Musk,” tulis @sociomantis.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

0
Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah...

CATEGORIES