Sophia Albarakbah Tidak Mahu Lagi Ulas Isu Perkahwinan

0
46

PETALING JAYA – Pelakon Sophia Albarakbah berharap orang ramai tidak lagi bertanya tentang isu perkahwinan terhadapnya selepas melalui fasa putus cinta dengan lelaki dikenali sebagai Mr. Doktor sebelum ini.

Sophia, 30, berkata, dia kini sedang memperbaiki diri menjadi individu lebih baik selain berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa prihatin dengan kehidupannya.

“Saya juga pernah melakukan kesilapan dan sedang perbaiki diri malah turut dia juga menjadi orang yang lebih baik.

“Harapnya, tiada lagi pertanyaan tentang hubungan atau bila hendak kahwin selepas ini.

“Terima kasih atas semua keprihatinan anda. Buat masa ini, keutamaan saya adalah kerjaya, diri sendiri dan orang lain termasuk keluarga serta kawan yang telah membantu saya sembuh,” katanya dalam Instagram.

Dalam pada itu, bintang filem Miimaland itu memberitahu hubungannya dengan bekas teman lelaki masih berkawan sehingga hari ini selain tetap mendoakan terbaik untuk lelaki tersebut.

“Saya kerap dapat pertanyaan berhubung hal ini dan kali ini akan jelaskannya. Kami tidak lagi bersama tetapi tetap berkawan rapat.

“Saya tidak pernah menghakimi pilihan hidupnya ditambah pula kami mempunyai pandangan dan keperluan hidup berbeza.

“Dia adalah individu yang baik dan kami memilih untuk kekal berkawan,” jelasnya.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan yang diberikan netizen dalam ruangan InstaStorynya.

Terdahulu, pada September tahun lalu, Sophia mengesahkan hubungan cintanya dengan lelaki dikenali Mr Doktor sudah berakhir namun tidak mendedahkan punca berlakunya perkara tersebut.

Dia juga mengakui perpisahan adalah perkara perit untuk dilalui memandangkan hubungannya dengan lelaki itu sudah hampir dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here