SMK Batu Kikir Gempar Pelajar Diserang Histeria Beramai-Ramai

0
81
Foto: Kosmo

JEMPOL – Kira-kira 50 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Model Khas dekat Batu Kikir, di sini, diserang histeria dalam kejadian bermula lewat petang kelmarin.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata, hasil lawatannya ke sekolah berkenaan tengah malam tadi mendapati pihak sekolah telah mengambil langkah awal dengan mengasingkan pelajar yang diserang histeria.

Menurutnya, dalam kejadian terbaharu itu, seramai 31 pelajar asrama perempuan dan 19 pelajar asrama lelaki mula diserang histeria menjelang waktu Maghrib, Sabtu lalu.

“Kejadian terakhir histeria di asrama sekolah ini pada tahun 2019. Kali ini terjadi lagi bermula dengan 20 orang pelajar dan malam tadi, usaha untuk rawatan pelajar yang terkena histeria melalui kaedah islam serta tradisional.

“Buat masa ini, pelajar yang terkesan sudah diarahkan untuk diambil oleh penjaga masing-masing bermula malam tadi dan asrama sekolah pula tidak beroperasi selama seminggu untuk kerja-kerja pemulihan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamshulkahar berkata, sebagai langkah awal, mana-mana penjaga yang masih belum sempat menjemput anak mereka diasingkan iaitu pelajar lelaki yang diserang histeria ditempatkan di dewan sekolah, manakala, pelajar perempuan pula di rumah warden.-KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here