PETALING JAYA – Selepas hampir dua tahun menjalin cinta, pelakon Siti Saleha Akhirnya mendedahkan sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen ternama tempatan, Joshua Fitton.
Siti Saleha atau mesra disapa sebagai Sally membuat pengumuman tersebut secara mengejut tanpa berbincang dengan bakal suami semasa Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 semalam.
“2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut.
“Awak nampaknya tidak bersedia dengan pengumuman tersebut,” katanya kepada Joshua sambil ketawa.
Berita gembira itu dikongsikan selepas seorang hos majlis mengajukan soalan tentang kehidupan sepanjang tahun 2024.
Malah, pertanyaan tersebut disambut dengan khabar gembira yang disampaikan Siti Saleha Mohd. Baharum.
Sebelum ini, aktres jelita itu memperkenalkan kekasih berdarah kacukannya kepada umum pada Disember 2022.Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.
Sumber – KOSMO! ONLINE