Saturday, June 15, 2024
HomeBERITASiswazah USIM Terkorban Dalam Keganasan Israel Di Gaza

Siswazah USIM Terkorban Dalam Keganasan Israel Di Gaza

NILAI, 9 Okt (Bernama) — Dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin dan 20 sanak saudara mereka adalah antara yang terkorban dalam serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad.

USIM dalam kenyataan hari in berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban adalah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat,” menurut kenyataan itu.

Menurut Bernama, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam dalam kenyataan sama berkata turut terkorban dalam serangan itu adalah 20 sanak saudara pasangan berkenaan.

Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menialani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lepas manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini, lapor Bernama lagi.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES