KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2025– Selepas hampir setahun lebih berhiatus, kini, Wani Kayrie tampil dengan buah tangan terbaru dengan sebuah lagu berjudul Aiman Tino. Diterbitkan oleh Rocketfeulf Entertainment, lagu ini mendapat sentuhan daripada seorang penggubah lagu yang tidak asing lagi iaitu Ezra Kong. Sedutan 1 minil lagu ini telah dilancarkan di TikTok semenjak 27 September lalu dan telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat Wan Kayrie.
Menurut Wani Kayrie, lagu ini mengisahkan seorang yang mempunyai rasa suka dan ‘crush’ akan seorang lelaki yang mempunyai imej comel seperti ‘Aiman Tino’. Tambahan pula, tempo dan rentak lagu ini juga sangat ‘catchy’ dan mudah diingati.
“Keistimewaan lagu ini terletak pada korusnya di mana ianya lebih mudah melekat dalam pemikiran pendengar. Selain itu, Wani juga ada berbincang bersama Ezra Kong untuk menambahkan sedikit elemen kemelayuan pada bahagian ‘bridge’ lagu ini bagi membezakan identiti Wani berbanding lagu-lagu sebelum ini.” jawab Wani apabila ditanya mengenai keistimewaan lagu ini.
Wani Kayrie juga menceritakan lagu ini mampu memberi kesan positif dalam diri pendengar. Ini kerana rentak lagu Aiman Tino berkonsepkan rancak, happy dan pasti membuatkan pendengar ingin mendengarnya berulang-ulang kali. Disebabkan faktor ini jugalah gadis berusia 24 tahun ini bersetuju untuk menyanyikan lagu ini.
Wani berharap lagu ‘Aiman Tino’ akan mendapat tempat di hati setiap peminat dan pendengar tanpa mengira usia. Tambahan, mereka yang sedang memendam perasaan kepada orang lain pastinya boleh mengaitkan lagu ini dengan kisah hidup mereka.
Apabila ditanya apakah perasaan Wani saat ditawarkan lagu ini, beliau terus memberi jawapan, “selain daripada rasa gembira dapat menyanyikan lagu yang sangat catchy dan kena dengan minat Wani, saya juga rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan seorang penggubah lagu yang besar bakatnya dan pernah memenangi pelbagai anugerah di Anugerah Juara Lagu.”
Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment iaitu Sher Leen Wee , beliau menyifatkan lagu ‘Aiman Tino’ ini sebagai sebuah lagu yang berpotensi besar dan kena dengan selera pendengar masa sekarang. Lagu bersifat catchy ini dilihat mempunyai ciri-ciri seperti lagu antarabangsa yang lain tapi melodinya masih mengekalkan elemen tempatan. Wani Kayrie juga sangat sesuai membawakan lagu ini kerana beliau merupakan seorang penyanyi serba boleh yang dapat membawakan pelbagai jenis genre.
“Kami melihat Wani boleh membawa lagu ini ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai sebuah syarikat rakaman, kami berusaha untuk memberikan sebuah lagu yang terbaik untuk para pendengar dan lagu ‘Aiman Tino’ adalah cara terbaik untuk Wani mendapatkan lebih ramai pendengar baharu.”
Menurut penggubah dan penulis lirik lagu ‘Aiman Tino’ iaitu Ezra Kong, lagu ini mengisahkan seseorang yang sedang memendam perasaan menanti seseorang yang sering bermain di dalam fikirannya. Ezra juga menceritakan sewaktu menulis lagu ini, beliau membayangkan Aiman Tino sebagai seorang lelaki yang mempunyai imej yang kemas dan tajam dan perkara tersebut telah memberikannya idea untuk menghasilkan sebuah lagu yang ceria dan catchy.
Selain itu, lagu ini juga mendapat sentuhan budaya pop yang unik untuk membuatkan pendengar mudah dan terhibur sewaktu mendengarnya. Gabungan unsur-unsur humor, flirtasi dan bercampur emosi akan memberikan pendengar sebuah lagu yang ringan tetapi mempunyai makna yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, Ezra juga berharap lagu ini akan menampilkan sisi penceritaan yang segar dalam lagu-lagu cinta selain daripada memberi kesan yang baik kepada para pendengar dan mereka boleh mengaitkan lagu ini dengan pengalaman hidup masing-masing. Lagu ‘Aiman Tino’ kini sudah boleh didengarkan di semua platform streaming digital bermula 1 November 2024 dan lebih istimewa lagi, single terbaru Wani Kayrie ini juga boleh didengari dalam format Dolby Atmos di Apple Music. Nantikan juga video muzik eksklusifnya yang akan dilancarkan di saluran Wani kayrie TV pada 25 November 2024 nanti