Simpanan Pengemis Diselongkar, Cecah Sehingga RM90,000

0
36
Foto: Kosmo

JAKARTA – Seorang pengemis dari Kediri, wilayah Jawa Timur diketahui mempunyai wang simpanan berjumlah jutaan rupiah hanya selepas dia meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Pengemis yang dikenali sebagai Rosiah itu meninggal dunia ketika berumur 70 tahun selepas diserang penyakit yang tidak didedahkan.

Namun, keluarganya meminta bantuan pemimpin setempat dan jiran-jirannya untuk mengira wang yang ditinggalkan oleh wanita itu baru-baru ini.

Rosiah didapati menyimpan wang kertas di dalam 50 beg sekolah, manakala puluhan bekas logam lagi digunakan untuk menyimpan duit syiling.

Menurut seorang pegawai di kampung itu, Manon Kusiroto, jumlah wang tersebut adalah antara 200 juta rupiah (RM59,904) hingga 300 juta rupiah (RM89,859).

Manon berkata, Rosiah hidup seorang diri berpuluh-puluh tahun di Kediri tetapi mempunyai seorang anak perempuan dan  cucu yang tinggal di Blitar, Jawa Timur. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here