Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN‘Simpan Saja Niat Kau Rosyam’ – Erma Akui Nafsu Sudah Tertutup

‘Simpan Saja Niat Kau Rosyam’ – Erma Akui Nafsu Sudah Tertutup

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima membalas kenyataan Datuk Rosyam Nor yang mencadangkannya supaya berkahwin dengan Fattah Amin.

Menerusi video yang dikongsikan adik Erma iaitu Datin Paduka Umie Aida dalam akaun Instagram, Erma berkata, dia sudah tiada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.

“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau Rosyam,” katanya.

Sebelum ini, tular sepotong video Rosyam mencadangkan agar Fattah yang kini bergelar duda sejak bercerai dengan Nur Fazura 7 Oktober lalu agar mengahwini Erma yang merupakan seorang janda.

“Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.

“Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam dalam video yang tular dalam media sosial.

Ketika ini Rosyam, Umie dan Fattah sedang terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES