Simpan Duit Travel! AirAsia Bakal Terbang Ke Seluruh Negara ASEAN

0
135
Foto: AirAsia Newsroom

SEPANG, 26 Mac 2024 – AirAsia Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Vientiane yang akan bermula pada 2 Julai 2024.

Ini menandakan pencapaian penting bagi AirAsia Malaysia yang menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan secara terus ke semua 10 negara Asean.

Rangkaian luas AirAsia di seluruh rantau Asean yang juga mempunyai kira-kira 800 juta penduduk, bukan sahaja menghubungkan antara satu sama lain malah memacu pertumbuhan ekonomi dan pertukaran budaya melalui pelancongan.

Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asean mengikut jumlah penumpang, AirAsia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di rantau ini yang menyumbang kepada peluang pekerjaan, meningkatkan perbelanjaan pelancong dan memberi faedah kepada sektor lain.

Penyambungan semula dua penerbangan mingguan ke Vientiane, Laos dijangka akan terus menyumbang kepada kesalinghubungan dan ekonomi serantau, sejajar dengan matlamat kerajaan Laos untuk  menarik 2.7 juta pelancong asing pada tahun 2024.

Pada tahun 2019, AirAsia telah menerbangkan hampir 50,000 tetamu antara Kuala Lumpur dan Vientiane sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan utama bagi laluan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, AirAsia terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan kepada seluruh penduduk di rantau ini melalui rangkaian kami yang kini lengkap ke 10 negara Asean.

“Kami akan terus menyokong integrasi melalui Dasar Langit Terbuka ASEAN untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau dan domestik, selain meningkatkan peluang perniagaan di rantau Asean melalui pembukaan perjalanan udara di bawah pasaran pengangkutan udara tunggal.”

Bagi meraikan pengumuman ini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Vientiane kini tersedia untuk ditempah mulai hari ini hingga 7 April 2024 dengan tambang daripada RM99 termasuk semua* sehala dan dari Vientiane ke Kuala Lumpur dengan tambang daripada USD 39 termasuk semua* sehala untuk tempoh perjalanan antara 2 Julai 2024 dan 30 November 2024.

Tambang promosi ini boleh ditempah di airasia.com dan AirAsia MOVE.

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Vientiane (VTE):

Sumber: Newsroom AirAsia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here