Shila Amzah Nasihat Adik Jaga Aib Keluarga, Berhenti Kejar Sensasi

43
833
Foto: Hot FM

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menasihatkan adiknya, Syada Amzah agar tidak terlalu mencanang ‘pekung’ keluarga dalam media sosial.

Susulan pendedahan dirinya dihalau dari rumah keluarganya, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah memohon adiknya menyimpan kemas hal membabitkan keluarga tanpa perlu mengejar sensasi dan kemasyhuran.

“Biarlah urusan tertentu kekal dalam keluarga sahaja.

“Jangan kejar tajuk berita untuk mendapatkan populariti semata-mata,” kongsinya pendek dalam Instagram.

Semalam, bekas peserta Big Stage musim kedua itu menuai tanda tanya ramai apabila memberi gambaran seolah-olah bakal dihalau dari rumah selepas bertanyakan tentang rumah untuk disewa.

Tidak terhenti di situ, Syada turut memuat naik satu lagi hantaran dengan mendakwa individu tidak dikenali datang untuk melihat kediaman yang menjadi tempatnya dan ibu tersayang, Fauziah Sarman berteduh selama ini

Usaha Kosmo! Online mendapatkan kenyataan lanjut daripada Syada masih belum berhasil apabila pengurusnya memaklumkan, penyanyi itu enggan memberikan sebarang komen.

Sumber: Kosmo

43 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here