Tuesday, September 10, 2024
HomeHIBURANShila Amzah 'Halau' Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo

Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo

MENERUSI Instagram Story, Shila, 33, berkata dia memberi tempoh sehingga keesokkan hari (Jumaat) untuk Eiza keluar daripada rumah miliknya.

Tegas Shila, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya arahan itu tidak dipatuhi.

“Assalamualaikum, teruntuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu. Sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera.”

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah turut mengingatkan Eiza untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya dan keluarga di media sosial.

“Satu lagi kata tentang diri saya dan keluarga saya di akaun sosial media awak. Saya akan hantar surat tuntutan kepada awak.

Sha dah pernah beritahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya.”

Menurut OhBulan! Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang. 

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Sumber: OhBulan!

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES