Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANShawn Mendes Kini Islam? Solat Jumaat Di New York, Sempat 'Selfie' Dengan...

Shawn Mendes Kini Islam? Solat Jumaat Di New York, Sempat ‘Selfie’ Dengan Peminat

PENYANYI dan penulis lirik terkenal, Shawn Mendes mengejutkan orang ramai apabila dilihat hadir ke sebuah masjid di New York University (NYU) bagi menunaikan solat Jumaat.

Pemuda asal Kanada berusia 26 tahun itu difahamkan turut ditemani sahabatnya, Mustafa Ahmed yang merupakan penyanyi dan pemuisi beragama Islam.

Kehadiran tidak dijangka itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, malah ada yang tidak percaya dengan perkhabaran tersebut.

Sebaik beredar foto Mendes dan Mustafa dalam talian, peminat di platform X tidak dapat menahan kegembiraan mereka, namun dalam masa sama turut berasa keliru tentang kesahihan berita tersebut.

Mendes yang terkenal dengan lagu hit seperti Stitches dan There’s Nothing Holdin’ Me Back itu sebelum ini mengambil keputusan berehat daripada dunia hiburan buat sementara waktu.

Bekas kekasih Camila Cabello itu juga dilihat duduk bersama dengan jemaah lain sambil mendengar khutbah Jumaat.

Penyanyi pop tersebut juga dilihat berdiri dalam saf dan belajar tentang tatacara solat Jumaat.
Penyanyi pop tersebut juga dilihat berdiri dalam saf dan belajar tentang tatacara solat Jumaat.

Spekulasi mengatakan bahawa ia sebagai tanda sokongan Mendes buat sahabatnya itu, membuatkannya sanggup solat Jumaat bersama-sama meskipun kurang faham mengenainya.

Jemaah yang berada di masjid berkenaan berkata, penyanyi pop tersebut juga dilihat berdiri dalam saf dan belajar tentang tatacara solat Jumaat.

Disebabkan terlalu teruja dengan kehadiran selebriti ternama itu, ruangan komen di X dibanjiri komen-komen lucu sehinggakan ada yang menggelar Mendes ‘Brother Shawn’ dan ‘Shabab Mohammed’ untuk nama Islam.

Walaupun sesetengahnya menyifatkan ia sebagai misteri awal tahun baharu, peminat sudah mulai suka dengan peribadi Mendes yang tidak kekok mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan daripada empunya badan, tetapi perkongsian foto yang dimuat naik di X mencapai tontonan hampir 2.3 juta setakat pagi Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Liverpool Didakwa Dapat Bantuan Pengadil

0
LIVERPOOL – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Vitor Pereira mengakui berang apabila pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate tidak dibuang padang ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi...

CATEGORIES