BAGI sesiapa yang teringin memiliki bentuk tubuh idaman tetapi memerlukan teman sebagai pembakar semangat, boleh sahaja bersama pelakon Shaheizy Sam untuk sama-sama memenuhi misi kurus.
Bintang filem Polis Evo itu sendiri mempelawa peminat untuk menyertai cabaran membakar lemak secara beramai-ramai menerusi pengumuman dalam laman sosialnya.
Dalam video berkenaan, Sam dengan nada teruja mengajak peminat bersama-samanya menurunkan berat badan untuk ke pautan disediakan.
Mana tidaknya, sebelum ini suami kepada pelakon Syatilla Melvin sudah membuktikan berjaya membuang lemak hampir 20 kilogram (kg).
Jadi Sam yang ‘menggemukkan’ semula dirinya beberapa bulan lalu demi watak filem diyakini dapat kembali ke berat ideal.
Sumber – Kosmo! Online