Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN‘Seumur Hidup, Saya Tak Pernah Bangga Dengan Diri Sendiri’

‘Seumur Hidup, Saya Tak Pernah Bangga Dengan Diri Sendiri’

KUALA LUMPUR – Meraih pujian ramai termasuk ahli keluarga, pelakon Amir Ahnaf berbangga menonton lakonan sendiri dalam filem terbaharu Kahar: Kapla High Councilyang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November (Khamis) ini.

Lebih membuatkan hati Amir tersentuh apabila ibu dan bapanya turut memuji lakonan hebatnya dalam filem yang merupakan prekuel bagi drama Projek: High Council yang berjaya meledakkan namanya tahun lalu.

“Alhamdulillah, mama bangga kerana saya sudah melakukan terbaik selain turut menitiskan air mata ketika menonton filem tersebut.

“Ayah pula ucap tahniah dan katanya ini paling terbaik. Saya sangat bangga dengan kemampuan diri sebab tak pernah merasakannya seumur hidup.

“Rasa gembira sebab dapat membanggakan ibu bapa. Insya-Allah saya akan dapat banggakan industri seni Malaysia juga,” katanya kepada HibGlam usai majlis tayangan gala filem tersebut di sini, semalam.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin. 24,  itu tidak berasa segan atau malu sekiranya filem tersebut ditonton oleh ahli keluarga kerana semua itu hanya sekadar lakonan semata-mata.

“Saya tiada rasa segan sebab apa yang dipersembahkan ialah watak Kahar, bukannya tentang diri sendiri.

“Saya yakin setiap ahli keluarga memahami dan apa yang mereka tonton hanya imej atau visual untuk memberi pengajaran dan teladan,” ujarnya.

Selain Amir, naskhah arahan Razaisyam Rashid itu membariskan pelakon lain seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar dan Fadhli Masoot.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES