Thursday, April 25, 2024
HomeBERITASerbuan Imigresen Di Brickfields, Lebih 100 Warga Asing Dicekup

Serbuan Imigresen Di Brickfields, Lebih 100 Warga Asing Dicekup

KUALA LUMPUR – Seramai 370 warga asing termasuk 35 wanita dari lapan negara diperiksa dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar Jalan Thamby Abdullah Brickfields, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan lebih 100 individu ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini.

Menurut Kosmo, mereka yang diperiksa berusia 25 hingga 77 tahun terdiri daripada 174 warga India, 101 warga Bangladesh, 36 warga Pakistan dan 21 warga Sri Lanka.

Turut diperiksa 30 warga Indonesia, lima warga Nepal, dua warga Filipina dan seorang warga Myanmar.

“Jumlah (tangkapan) akan dimaklumkan setelah proses dokumentasi selesai dilakukan di Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

“Ini kerana ada individu yang tidak lengkap dokumen dan memerlukan mereka dibawa ke Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar hari ini

Jelasnya, operasi hari ini melibatkan seramai 224 pegawai terdiri daripada 207 pegawai JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (11) dan Anggota Pertahanan Awam (6).

“Mereka yang ditahan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih selepas proses dokumentasi

Berdasarkan laporan Kosmo, semasa serbuan, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri.

Beliau mengingatkan orang ramai khususnya majikan agar tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), malah tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Operasi penguatkuasaan ini akan diteruskan dalam usaha mengesan warga asing yang melanggar peraturan negara ini.

“Untuk tahun ini, sasaran JIM adalah tertumpu kepada majikan dan mana-mana pihak lain yang melindungi PATI,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan diminta menyalurkan kepada JIM berdekatan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES