Friday, January 24, 2025
HomeBERITASeperti Acara Tahunan, Seksyen 13 Dilanda Banjir Lagi

Seperti Acara Tahunan, Seksyen 13 Dilanda Banjir Lagi

SHAH ALAM – Hujan lebat di daerah ini menyebabkan banjir kilat di Jalan Persiaran Sukan dan kawasan perumahan berhampiran Laman Seri Seksyen 13, petang tadi.

Situasi itu menyebabkan pengguna jalan raya tersangkut apabila tidak dapat melalui lokasi tersebut.

Berdasarkan tinjauan Kosmo, insiden banjir itu tular menerusi beberapa video berdurasi antara 19 hingga 55 saat memaparkan keadaan lokasi banjir itu.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kedua banjir kilat berlaku di Seksyen 13 dengan kali pertama pada Ogos lalu.

Seorang pengguna laman sosial dikenali Iris5171 memaklumkan kejadian banjir membuatkan anaknya tersangkut apabila tidak pulang ke rumah.

“Anak saya baru call (telefon) tidak dapat balik rumah sebab banjir. Dia belajar dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Bagaimanapun, seorang pengguna lain, Rohayu memaklumkan kejadian banjir kilat itu berlaku selama 45 minit.

“Air mulai naik 4.30 petang dan surut mulai 5.15 petang. Sudah boleh lalu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubungnya. 

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES