Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN"Seorang Sahaja" – Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Minta 4 Isteri

“Seorang Sahaja” – Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Minta 4 Isteri

PETALING JAYA – Pelakon popular Zul Ariffin mengundang perhatian ramai apabila berdoa dengan meminta dikurniakan jodoh di Jabal Rahmah, Mekah dalam sebuah video hari ini.

Namun, paling menarik perhatian apabila Zul, 38, membaca doa diberikan jodoh namun menyebut nombor empat dalam bahasa Arab iaitu arba’a sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada dia mahu beristeri ramai.

Meski begitu, Zul dilihat hanya berseloroh dan menegaskan hanya mahu seorang sahaja calon isteri.

Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.

“Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.

Difahamkan, bintang filem Sheriff itu kini berada di Tanah Suci bersama keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, dalam ruangan komen netizen berharap doa tersebut dimakbulkan dan mahu melihat pelakon kesayangan mereka segera berumah tangga.

“Amboi terus empat orang. Jaga-jaga Zul kalau Tuhan bagi nanti naya!

“Lain macam doa pak dukun! Satu pun belum ada.

“Takut, dia minta kahwin empat terus ke!” komen netizen.

Pada Mac lalu, Zul pernah berkongsi akan menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkhabaran mengenai majlis tersebut selain dikatakan kembali menjalin hubungan dengan penerbit, Gayatri Su-lin Pillai selepas tular foto mereka menyambut Syawal bersama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES