Penduduk Dihempap Pokok Ketika Helikopter Jokowi Mendarat

0
34
Foto: Kosmo

JAKARTA – Sebatang pokok tumbang dan menimpa seorang penduduk ketika helikopter dinaiki Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mendarat di atas helipad dalam kemalangan di Dataran Raha, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor laman berita Detik semalam.

Tiga lagi penduduk mengalami sesak nafas akibat bersesak semasa menyambut kedatangan Jokowi.

“Mangsa dihempap pokok ketika helikopter Super Puma mendarat di helipad Dataran Raha, Muna. Ada juga yang bersesak-sesak ketika itu,” kata Pemangku Timbalan Biro Media Akhbar Sekretariat Presiden, Yusuf Permana.

Saluran berita CNN Indonesia melaporkan, pokok berkenaan tumbang akibat tiupan angin kipas helikopter ketika Jokowi melawat kecamatan Katobu, Muna.

Menurut Yusuf, mangsa yang dihempap pokok dikenali sebagai Rezky. Dia dirawat di hospital tempatan kerana cedera di kepala.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang sesak nafas dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tambah Yusuf, Rezky akan menerima wang sumbangan sebanyak 10 juta rupiah (RM2,939.72) termasuk tiga paket barangan dapur. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here